Sunday, April 4, 2010


PERUBATAN ISLAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, Insyhirah Niaga bersedia memberikan khidmat rawatan atau rundingan secara percuma kepada semua masyarakat berasaskan ruqyah terapi berdasarkan Al-Quran dan doa serta kaedah rawatan yang tidak bertentangan dengan syarak iaitu kaedah rawatan "integratif".

Kami juga sedang merancang untuk menyediakan kursus asas perubatan Islam bagi memberi ruang dan peluang kepada masyarakat Islam khususnya untuk memahami serta mempraktikkan ilmu perubatan Islam, secara tak langsung menolak beberapa kesilapan amalan perbomohan yang boleh menjejas dan merosakkan akidah seseorang muslim.

Justeru itu, bagi sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan yang di tawarkan serta mendapatkan khidmat nasihat bolehlah menghubungi 012-2987900 (Saudara Musleh) / 0126625681 (Ustaz Abd Halim Zakaria); layari laman web kami www.rawatanintegratif.com atau e-mail : therapyalquran@yahoo.com

Kita hanya mampu berikhtiar, hakikatnya Allah jualah yang menyembuhkannya.
InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment